... iklan by...

...sembang-sembang...

...Menariknya...

Khamis, Ogos 26, 2010

aku tetap menunggumu :: 2 ::



Pagi itu leya bangun dengan lemah longlai, gaya orang malas nak ke pejabat tetapi digagahinya juga, dia bersiap ala kadar dengan berbaju kurung yang simple tetapi cukup menawan serta bertudung, yang dirasakan memang sesuai dengan bajunya. Sarah sudah terlebih dahulu bersiap dari leya, dan berkira-kira untuk kedapur membuat sarapan ala kadar, cukuplah buat mengalas perut sebelum waktu makan tengah hari nanti.

Bukan apa sarah terlalu pentingkan sarapan kerana mampu memberi tenaga untuk berkerja di awal pagi. Tambahan pula leya kalau tak di paksa ambil sarapan huh memang tak akan sarapan, kalau sempat mungkin akan makan tengah hari terus, tapi selalunya memang tak akan ingat langsung nak makan tengah hari, asyik berkerja sahaja, hurmm tak paham sarah dengan leya nie, gila kerja betul tapi dia memang masak benar dengan perangai leya. Memang itulah perangainya dari dulu, mungkin kerana keras kepala, keras hati, mamanya asik membebel sahaja tak tahan dengan penceramah bebas mamanya di ambil keputusan untuk tinggal di kondominium ini yang juga milik keluarganya, konon nak berdikari tapi sama sahaja.

Sedang leka sarah membuat sarapan…

“wuargh!!!” . hampir sahaja terlepas pinggan dari tangannya.

“leya! Aku ketuk engkau dengan pinggan ini karang jadi beruk pulak, kesian aku kawan dengan beruk”. Sempat lagi leya mencubit pipi sarah. Sarah menyeringai kesakitan, ala manja-manja tak kuat mana pun tangan leya nie.

“ha! Macam mana cik sarah terkejut tak, kihkih itulah balasan namanya”. Gelak jahat leya bergema diruang dapur itu. Sarah sudah memulakan muncungnya pada awal pagi nie. Muka tiga sen rupanya sayu menerpa hati leya

“ala bucuk-bucuk sorry ok? Aku pun tak sengaja, bukan niat aku pun nak balas dendam”. Leya memujuk sarah sambil menyengih macam kerang yang tak berapa nak busuk ditunjuk kan ke muka sarah. Sarah sudah menguntum senyum lebarnya.

“ermmm, kau masak apa nie sarah sedap lar dari dalam bilik lagi aku bau”. Leya meniru gaya kucing yang menghidu makanan lagaknya.

“ha inilah kalu nak tahu nasi goreng jawa, tapi aku bukan orang jawa taw! Nama jer nie. Sebab nasi goreng jawa nie lain dari yang lain, tak payah nak tumis-tumis banyak benda. Potong bawang dadu, kentang. lepas tu, letak sayur campur sikit, garam. lepas tu, serbuk kunyit adabi sikit. lepas tu, taruk nasi kacau dan lepas tu, aiseman berapa banyak lepas tu da…”. Sarah ketawa terkekih-kekih dengan penjelasan nya sendiri, leya pun turut sama ketawa geli hati dengan penjelasan sarah, menceceh macam chef wan pulak pagi-pagi nie.

“leya dah lar sakit perut aku gelak dengan kau nie, kau ambik pinggan tu leya aku nak cedok nasi nie, kau nak telur goreng tak? Aku gorengkan untuk kau nie”.

“erm, boleh jugak tapi macam biasa yek sarah, kasi cair itu kuning telur ha, baru sedap taw”.

“tak payah cakap leya aku dah tahu dah, ea lar aku gorengkan. Tu ha bawak lar air milo tu kat meja aku dah buatkan untuk kau”.

“alahai terharu nya aku sarah, semuanya kau siapkan”. Muka terharu leya macam tak samapi hati nak makan nasi goreng yang sarah masak, memandang sarah dengan perasaan yang bersalah, tetapi bahagia dengan sikap temannya. Mana ada kawan yang baik macam nie kalau ada pun mesti nak ambil kesempatan. Sarah lain sangat.
“alar leya tak ade benda lar, sikit jer nie dah lar makan lar cepat nanti lambat pulak masuk ofis”. Di tarik tangan leya ke meja makan yang dari tadi asyik dengan muka terharu nya, leya memang begitu cepat sanagt hatinay tersentuh tapi kadang-kadang keras juga macam batu. Adoyai leya,leya macam-macam lar kau nie.

“eh,eh lambat apa nya alah baru pukul berapa sarah, awal lagi nie kalau nak tidor pun sempat lar jugak, ni ha cuba kau tengok jam tangan aku kalau tak percaya. Baru pukul 7.45 pagi sarah!”. Sempat lagi ditayangkan jam tangan ke muka sarah.

“ish! Sambil makan pun sempat lagi kau nak tayangkan jam kau tu kat muka aku leya.aku tahu lar buah hati kau yang hadiahkan jam tu”. Kata-kata sarah membuatkan leya tersengih malu. Aiseman ingat pulak budak sarah nie, selalunya lupa memanjang macam nenek tua. Sarah,sarah.

“aku tahu leya ‘ MEGAH PERKASA HOLDINGS ’ tempat aku kerja tu papa kau yang punya, tapi aku kena lar samapi awal. Engkau tak apalah leya, kau bos kalau lambat pun staf tak ada nak cakap apa. Kalau aku lambat nanti staf akan mengata aku mengampu anak bos pulak, aku tak nak diorang bercakap macam tu leya. Kau faham kan perangai aku ?”. leya terdiam seketika dengar penjelasan sarah sambil di kuis-kuis nya nasi di dalam pinggan nya. Dia tahu sarah bagaimana orangnya susah-susah sangat mahu dia akan berhenti kerja disitu nanti . susah pulak dia nak berjumpa dengan sarah nanti. Sudah lar sarah tak ada siapa-siapa.nope! bukan tak ada siapa-siapa tapi saudara maranya tidak peduli akan nya. Sarah nie pun satu nak dengar buat apa cakap orang biar lah mulut orang adoyai.

“sarah! Berapa kali dah aku cakap. Boleh tak kau ‘ ignored ’ kan apa yang orang nak cakap. As long you know what you do sarah dan ingat sarah jangan biarkan kerja kau bertimbun atas meja lepas tu kau pulak lesap kemana itu sudah cukup sarah dan most important thing is kau tahu apa yang kau buat! Faham?!”. Panjang lebar nasihat leya pada sarah.

“faham bos! Baik bos! Saya ikut nasihat bos!”. Tabik sarah pada leya maacam tabik polis sahaja. Leya sudah tergelak dengan perangai sarah awal pagi nie. Aih sekejap sedih, lepas tu terus ok dah mood dia, faham sangat lah leya sarah memang takut kalau dia marah, ada dia kata aku marah macam harimau. Sarah nie ada jer lar.

“sudah sarah aku bukan polis lar dulu jer aku minat nak jadi polis, sekarang nie makan cepat nanti lambat pulak”. Di kerlingnya sarah. sarah menyengih faham leya memperlinya

“eh! Kenapa sekarang kau tak nak jadi polis leya!”. Tak sangka sarah nie menyoal lagi pasal kerjaya polis yang diminati dulu, adoi sarah malu lar aku sarah.

“ermmm se..se..se benarnnnya”.

“sejak bila kau gagap ni leya, cakap jer lah dengan aku pun kau nak malu ker?”.

Leya mengaru kepala yang tidak gatal. Tersengih memandang sarah.

“ok! Kalau aku beritahu kau jangan gelak dan jangan beritahu siapa-siapa boleh?”. Sambil menyuakan jari kelingkingnya tanda janji.

“kau nie macam budak kecil lar leya. Ok lah,ok lah aku janji”. Bertaut sudah jari kelingkingnya tanda akan tepati janji.

“ermm sebenarnya aku rabun lar sarah. mana boleh masuk polis. Nanti bontot beruang aku kata orang pulak, nak tembak penjenayah tertembak orang lain pulak”. Malu-malu leya menceritakan perkara sebenar.

“kah, kah, kah, kah. Leya,leya aku tak tahu pulak kau nie rabun adoi lar sakit perut aku dengan kau nie leya”, nasib baik sarah tengah makan kalau tak mahu di guling-gulingnya atas lantai gelakkan aku.. huhu sedihnya.

“sarah kau nie, aku cubit baru tahu. Tapi kau jangan cerita kat sapa-sapa taw. Diorang ingat mata aku nie memang warna hija. Tapi sebenarnya contact lens. Jangan bagi tahu orang taw sarah”,

“ea lar,.. ea lar.. aku janji tak bagitahu sape-sape”, mengangkat tangan kononya berjanji untuk simpan rahsia.

“sarah, dah lar aku da habis makan lar, jom pergi ofis”, cuba untuk mengubah topic lain setelah sarah masih tidak mahu berhentikan tawanya biarpun sudah berjanji. Sisa-sisa ketawanya masih lagi kendengaran.

“eh, aah lar. Jom leya nanti lambat pulak”, ha tahu pun nak serius berhenti jugak gelak dia. Leya berkata-kata dalam hati. Hurmm ada jugak yang nak hiburkan hati dia awal pagi ni, ada sikit semangat.

Masing-masing mengemas meja makan sebelum bergerak ke pejabat, sarah dan leya menaiki kereta yang sama, bukan sarah tidak mahu memandu keretanya sendiri. Tetapi kata leya lebih baik berjimat lagi pula dapt mengurangkan traffic jam kalau kongsi kereta. Bergilir-gilir memandu antara leya dan sarah, minggu nie leya punya giliran.


                                                                      **********


DI MENARA MEGAH PERKASA HOLDINGS


Mereka beriringan masuk ke bangunan itu sebelum berpisah menuju ke pejabat masing-masing. Leya dan sarah menaiki lif yang sama Cuma tingkat nya sahaja yang berlainan. Sewaktu itu hanya meraka berdua sahaja. Staf yang lain masih belum sampai agaknya, maklumlah waktu masih awal Cuma segelintir sahaja yang sudah memulakan tugas seawall pagi nie. Yang lain da dekat-dekat nak mula kerja pukul 9.30 pagi bru Nampak batang hidung. Ermm kadang-kadang melampau jugak staf-staf nya. Sudah dibagi betis nak peha pula. Mengomel leya di dalam hatinya.

“ting”, tanda lif sudah sampai ke bawah. Pintu lif terbuka menunggu leya dan sarah masuk ke perut lif itu. Belum sempat leya jejak kan kaki, leya di langgar seseoarang hamper tersungkur leya. Nasib baik di imbangi badannya daripada tersungkur dengan bantuan sarah memegangnya.

Dalam hati sarah hanya berdoa :- relaks leya jangan marah bukan dia tidak tahu kalau leya marah ada jugak yang runtuh bangunan nie karang. Tak pasal-pasalduduk bawah pokok pisang pulak pejabatnya. Aisehman apa yang aku merepek nie. Kembali sarah ke alam reality.. ops leya!!!! Adoyai…

                                                                       **********

" SAMPAI SYURGA KU MENUNGGU "

Related Posts with Thumbnails