... iklan by...

...sembang-sembang...

...Menariknya...

Isnin, Jun 29, 2009

Aku TeTaP MeNunGGumu ~1~

Petang yang terang benderang tadi telah ditutupi dengan awan kelabu yang pekat,titis-titis air hujan mulai turun membasahi bumi,sudah lama rasanya aku tidak merasai kesejukan begini,seolah-olah mengetahui isi hatiku yang bergolak memikirkan masa hadapanku,hujan terus turun dengan lebatnya disertai dengan kilat sambung menyambung sesekali disusuli dengan guruh yang berdentum.
Hujan tidak pula menunjukkan mahu berhenti,seakan-akan mahu menemani aku yang tengah bersedih ini.Didalam hatiku hanya berbisik wahai hujan! mengapa kau selalu menemaniku taktala ku bersedih begini.wahai pelangi! dimana kah kau menghilang menyembunyikan cahaya mu,yang cantik berwarna-warni itu.kini hujan tetap berterusan tiada lagi pelangi menghiasi langit untuk pandangan ku.
walau apapun kutetap tunggu tidak kira waktu nya.yang kutahu kuingin melihat pelangi itu,yang juga akan menyinari hidupku yang seakan-akan kusendiri tidak dapat bertahan lagi,wahai pelangi! muncullah.

" Alleya Nur Ain !!!!!!".satu sergahan menerpa ke telinga

" Opocot mak kau jatuh!".secara spontan leya melatah akibat dek sergahan.memang inilah yang jadi kalau terkejut.habis tertumpah air milo panas yang sememangnya berada dalam pengangan leya dari tadi.membasahi lantai marmar diruang tamu rumahnya yang sekangkang kera itu.

" kau ni kenapa sarah!!buat aku terkejut jer,tak boleh nak bagi salam ker.nasib baik aku tak sakit jantung.kalau tak aku mati siapa yang susah? ".marah leya pada teman nya,tapi sarah asyik dengan senyuman sumbingnya sedari tadi,suka sangat dia melihat teman nya marah.

" alar kau tak susah sebab yang susah akuuu jugaaa ".tersengih padaku hingga menampak kan barisan gigi nya yang putih itu.

" pandai kau jawab yea sarah sejak kau duduk serumah dengan aku nie " bebel leya pada sarah

" alar kau juga yang ajar cik Aleya Nur Ain oi!! ".dikenyitkan mata kirinya padaku huhh nakal betullah temanku sorang nie.
Maisarah,dua tahun lebih muda dariku,namun dia sudah menganggap diriku ini seperti kakaknya sendiri,tetapi panggilanku padanya seperti teman tidak pula ku membahasakan dirinya adik dan aku pula kakak.
aku mengenalinya sewaktu dari universiti lagi,dalam satu program mentor-menti,waktu itu dia di semester 4 dan aku pula di semester akhir.sudah menjadi aktiviti untuk pelajar akhir menjadi mentor kepada kepada junior-junior nya.sewaktu aku mengenali sarah waktu itu dia seorang yang ceria dan peramah orangnya tetapi apabila cuti semester yang dilalui nya selepas tamat exam semester 4.dia dan keluarganya pergi bercuti ke pulau langkawi,sarah anak tunggal semua permintaannya dituruti oleh ibu dan ayahnya.sewaktu perjalanan kesana kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa ibu dan ayahnya,sarah terpelanting keluar dari kereta itu dan dia terselamat sebelum kereta itu terbakar akibat tumpahan minyak yang banyak.
walaupun dia terselamat dari kemalangan itu tragedi itu lah yang menukarkan sikapnya yang pendiam dan sering menjadi kutukan dari rakan yang nakal di universiti serta sepupu,ibu dan bapa saudaranya.kononnya kalau tidak disebabkan permintaan sarah ke pulau langkawi ibu dan ayahnya tidak terkorban dalam kemalangan itu.ibu dan bapa saudaranya menganggap sarah pembawa sial dan yang paling menyedihkan sarah tidak dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya,mereka hanya mahukan harta arwah ibu dan ayah nya sahaja.
sarah dibiarkan hidup sendirian,pelajaran nya merosot disebabkan permergian ibu dan ayahnya.sewaktu itu pelajaran ku sudah tamat diuniversiti tetapi aku masih lagi mengambil berat pada junior-junior ku yang menjadikan aku mentor mereka waktu ketika dulu.aku kasihan melihat keadaan sarah dan atas rasa tangungjawab dan perihatinan aku,aku mengajak sarah tinggal bersama-sama denganku dirumah ini yang juga milik orang tua aku.
sarah,ku beri nasihat dan semangat untuk mulakan hidup baru.dengan semangat yang ada sarah redha menerima kententuan ALLAH.kembali ceria dan semangat seperti dulu walaupun dengan permergian ibu dan ayahnya selama-lamanya.

" kau menungkan apa dan fikirkan apa leya?aku tengok dari tadi kau asyik termenung jer,aku panggil pun kau tak menyahut sebab itu lah aku sergah kau tadi ".Pertanyaannya membuatkan leya membulatkan mata melihat wajah sarah.

" eh! sejak bila kau penggil aku?tak dengar pun.aku mana ada fikir apa-apa.pandai jer kau nie ek! ".cuba menafikan apa yang betul dengan penjelesan nya tadi.

" eleh! aku panggil punya lar kuat.sah-sahlar kau berangan dan seperti memikirkan sesuatu ". mata kecilnya melirik kearah leya memperli temannya itu.

" tapi kan leya baru aku tahu yang kau ni melatah orangnya ek! hahahaha ".ketawa sarah mengusikku.

" ooo mengata aku ek kau sarah.takpe,takpe ada ubi ada batas ada hari akan kubalas huahahahah....". ketawa jahat leya pada sarah.sarah sudah mencebikkan bibirnya.

" alar aku mintak maaf lar leya.takde niat pun nak ketawakan kau tadi,aku sajer jer ".mukanya sedih meminta simpati dariku.

" ha! tahu pun.dah lar aku tengok muka kau macam nak nangis jer tu.aku main-main jer lah sarah,itupun nak ambik serius ".penjelasanku membuatkan sarah tersenyum lebar padaku sambil memelukku.

" da sudah,sudah tak payah nak peluk-peluk aku geli lar tahu tak ".sarah mengekik ketawa dengar bebelan ku.

" dah tepi aku nak masuk bilik ".sambil menepis tangan nya sarah yang memelukku itu.

" eh! nak lari lar tu,aku tak habis tanya lagi nie sebenarnya ".aku mengerutkan dahiku yang sememangnya tak cantik ni.

" Tanya apa pulak ni cik sarah oi! ".sambil bercekak pinggang menghadap sarah.

" tak delah kau ni macam ada masalah jer,apa yang kau menungkan tadi?masalah kerja ke masalah keluarga ". sungguh-sungguh gadis ini ingin mengetahuinya.

" alar,takde apa-apa lar sarah.bukan masalah kerja dan bukan masalah keluarga ". penerangan yang kukira dia akan mengerti.

" leya,kau tak payah nak sorokkan dari aku lar ni mesti masalah buah hati kau tu kan! ". sambil mengoyangkan jari kecilnya kekanan dan kekiri.leya mengeluh mendengar tekaan sarah.

" apa ke nama buah hati kau tu leya.aku da lupa lah ".mengaru-garu kepala nya yang tidak gatal itu.cuba mengingatkan kembali nama buah hati leya.

" Amir Safwan Syah!! ". jerit leya yang berlari-lari kecil menuju ke bilik nya.

" ha! Amir Safwan Syah! ".jeritan kecilnya membuat kan leya tergelak sendirian.memang pelupa lar minah sorang nie.

" leya!!! kau pergi mana aku tak habis lagi ni ". bebel nya dengan gelengan kecil.masak benar dengan sikap leya.

" Alar sarah,kau tak payah fikir banyak-banyak,biarlah rahsia ok!! ". jerit leya dari arah bilik sebelum menutup pintu bilik nya.

" Leya,Leya.. semuanya biarlah rahsia.nanti dah tak larat nak rahsia.nangis sorang-sorang.aku juga yang sedih tengok kau leya ". berkata-kata sendiri di ruang tamu.

******************
" SAMPAI SYURGA KU MENUNGGU "

0 comments:

Related Posts with Thumbnails